Masuk Wad Untuk Operation Time Covid

Assalamualaikum semua. Saje nak share masuk wad time2 covid 19 ni. Tak la luar biasa sangat tapi SOP mesti dipatuhikan. Mask kena standby banyak sikit terutama kalau dah kejenya asyik ke kedai dekat hospital ni 😁.

Sepatutnya operation ni cuti sekolah bulan 3 hari tu buat. Tapi disebabkan covid 19 yang menular terpaksa la ditangguhkan ke tarikh 3 Aug 2020. Sebelum masuk covid test kena buat dulu tu pasti.

3 Aug 2020 – Day 1

Hari ni birthday kak chik yang ke-8. Uniknya birthday kali ni dia kena admit wad untuk perbetulkan jari dia yang melekat sebab eksiden 2018 dulu. Masa tu dah operation tampal kulit dah. Tapi sebab sakit sangat nak release, terua kulit tu melekat. Tak snap pula rupa jari dia yang melekat tu.

Sempat beli kek dulu sebelum daftar masuk wad

Sebelum nak masuk wad ni macam2 persediaan kena buat terutama mencari dana untuk beli integra (ala2 lapisan kulit tiruan tp better korang google la). Kos ni je dah RM5,000 plus 2 benda lain hampir RM7,500. Yang doktor kata kerajaan tak cover. So doktor suggest apply zakat atau majlis agama. Saya pun apply zakat dan alhamdulillah lulus. Lega dah.

Lepas makan kek, terus pergi daftar untuk masuk wad. Kembali semula ke wad yang sama masa operation 2018. Terlihat kembali view yang sama dari cermin wad neuro di Hospital Kuala Lumpur.

Mengimbau kembali masa tu suami ada tolong ulang-alik layan nak barang apa2. Kali ni kami survivor. Environment hospital dah tahu semua. Bawa satu beg tarik baju 2 pasang sorang, telekung, tuala dan beg untuk toiletories. Hangar pun bawa sebab di sini ada ruang dan dibenatkan menyidai baju.

Doktor pun semua datang tanya condition sekarang dan tengok keadaan bahagian yang nak operate. Doktor pakar kulit dan juga doktor bius dua2 team datang tengok. Time covid ni patient tak ramai. Semua cepat.

Dapat katil tepi tingkap

Lepas settle solat asar ajak kak chik pergi kedai beli air mineral, biskut dan milo untuk dia bersahur nanti. Lepas tu siap2 mandi petang dan selesaikan sampai ke solat isyak dan tidur.

Syukur. Dua2 dapat katil.

4 Ogos 2020 – Day 2

Awal kak chik bangun. Ajak dia bangun mandi dan solat tahajjud dulu. Training2.. Lepas tu terus bancuh milo untuk kak chik dan biskut. Solat subuh dan relaks. Lepas kul 6 kak chik dah tak boleh makan dah. Yang boleh air kosong je.

Nak juga ke kedai lagi. Ibu bawa juga la dalam kul 9 pagi memandangkan boleh masih boleh minum air kosong sampai kul 10 pagi. Sempat la grab macam2 juga. Rasanya datang bawa satu beg, balik berbeg2🤣🤣

Masa ditunggu tiba, 2 baby cleft dah settle operation. Tengahari turn kak chik. Kul 12.05 nurse suruh tukar uniform OT. Masa ni achik dah start sedih. Sayu pula rasanya. Insyaallah semua berjalan lancar.

Ready nak masuk OT

Bergerak la kami ke menara utama dan ke OT room. Ibu masuk pun kena pakai baju khas. Teman kak chik sampai lena bius baru keluar dari OT dalam kul 1 ptg. Baru la ibu pergi makan dan solat Zohor.

Rupa frontliner tak🤣🤣

3 jam juga operationnya. Pukul 4.15 petang baru dipanggil masuk. Kesian achik menangis cakap sakit dekat jari dia. Allahuakbar, sayu rasanya 😭😭. Kalau dapat dipindahkan sakit tu. Masih under recovery stage di OT. Doktor pantau dan bila mengadu sakit dia tambah ubat tahan sakit.

Lepas dah nampak steady baru dibenarkan pulang ke wad semula. Kesian achik dah lapar. Dekat OT tadi minta air pun tak boleh bagi, risau muntah. Memang pun, sampai wad bagi air kosong pun dia muntah. Makan nasi tak nak. Tanya nak pizza tak? Dia angguk. Ok achik ibu order janji nak makan.

Yeay balik wad

Hah! Macam tu la perjalanan 2 hari di wad. Panjang lagi perjalanannya. Tak tahu berapa lama stay dalam ni. Moga achik cepat sembuh ye.

Kawan2 tolong doakan ye. 🤗

Leave a comment