6 Impian Dalam Tahun 2021

Assalamualaikum hari ni dah 6hb Mac 2020. Cepat betul masa berlalu. Lagi-lagi kita dah melalui tempoh PKP yang sangat lama. Dari PKP ke PKPB ke PKP semula. Tempoh yang sangat mencabar untuk semua orang. Tapi tak kurang juga yang mengambil peluang sepenuhnya untuk memperbaiki diri. Betul tak?

Orang tulis impian awal tahun tapi saya tulis impian lambat sikit. Hanya berlegar-legar di kepala. Nak share di sini apa impian saya ye untuk tahun 2021.

#1 Selesaikan hutang PTPTN

Sepanjang saya belajar memang menggunakan pinjaman PTPTN sepenuhnya. Dari saya diploma sehingga master. Memang fully PTPTN. Dulu-dulu memang tak terkenang nak ambil biasiswa sebab rasa tak layak. Adalah hikmahnya tukan. Saya dah selesaikan hutang diploma dan ijazah. Tinggal master punya yang belum selesai. Hutang wajib diselesaikan. Betul tak?

#2 Masukkan Anak Ke Asrama

Tahun ni Kak Long dah form 1. Saya memang nak sangat anak-anak masuk asrama macam saya dulu. Kak Long cucu sulung akan memberi contoh terbaik pada cucu-cucu opah yang lain. Kenapa nak sangat masukkan ke asrama?. Duduk asrama ni memang berbeza. Saya dulu pun macam tu. Banyak belajar berdikari dan berusaha sendiri. Bila ada bersama mak ayah ni kita manja semua tak reti buat. Tapi bila duduk di asrama, banyak perkara baru kita akan belajar. Yang penting disiplin diri juga totally berbeza. Dari belajar mengurus diri seperti basuh baju sendiri, pengurusan masa, solat jemaah, berjimat cermat, makan tidak memilih dan cara bersosial. Mohon MRSM dan SBP dan dah melalui fasa interview semuanya. Doakan tau Kak Long dapat masuk asrama. Result bulan 3 ni.

#3 Umrah Bersama Keluarga

Ya Allah! Ini impian aku iaitu nak bawa satu keluarga ke tanah suci mekah. Pernah bersembang dengan arwah abang. “Kita pergi Mekah dulu baru kita nak pergi travel ke tempat-tempat lain”. Memang teringin sangat nak pergi. Pernah tulis dekat kertas di dinding dulu nak pergi dengan family Impian masih diteruskan. Memang buka tabung khas untuk ni je. Mulakan menyimpan duit keuntungan dari bonus dan keuntungan dari bisnes shaklee, insuran kereta, kerepek, brownies. Target Dec 2021

#4 Setup bilik anak-anak

Gambar dari Hartanah.com

Baru-baru ni kak ngah dan kak chik mesej. “Ibu boleh tak kita jual katil sekarang beli katil baru”. Yang paling win “Kak long pindah bilik belakang”. Memang tergelak dibuatnya. Tanya kenapa pindahkan kak long ke bilik lain. “Sebab kak long kalau buka lampu nanti dia marah”. Macam-macam. tapi ni la impian anak-anak nakkan bilik sendiri yang lebih selesa. Tapi nak nangis gak rasa. sebab katil tu ibu baru beli. Terpaksa la ibu jual nampaknya. Ya Allah izinkan aku memenuhi hajat anak-anak. Target May 2021.

#5 Naik Rank Coordinator Shaklee

Ya Allah! Impian aku seterusnya nak terus membina empayar bisnes dengan Shaklee. Dalam banyak-banyak bisnes, yang ni paling melekat lama. Tahun ni memang target nak naik Rank. Alhamdulillah tahun lepas berjaya naik rank Supervisor. tapi tak kan nak duduk ditakuk tu je. Ya Allah! izinkan aku membina organisasi yang berjaya dengan membantu ramai sama-sama berjaya dalam Shaklee.

Rank Senior Supervisor – April 2021
Rank Coordinator – May 2021

#6 Renovate Dapur

Target saya tahun nak jadi minimalist. Eliminate yang dah tak relevan lagi. Bila settle mengemas 1st nak tukar lantai dapur dulu. Kemudian baru tukar almari dapur yang perlu ditukar. Ya Allah! Yang ni target June 2021. Amin

Leave a comment