Majlis Ijazah Silat Cekak Hanafi di Port Dickson

Upgrade ke next level! 

Selesai sudah majlis pengijazahan bersama  YM Hj Md Radzi bin Hanafi iaitu guru utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Kali ni diadakan Politeknik Port Dickson bagi kawasan Seremban.

Mesti tertanya-tanyakan, ijazah ni untuk apa?

Majlis ijazah ni adalah sesi bertemu dengan guru sebelum kita menuntut ilmu persilatan. Majlis ni adalah sesi bertemu guru dan diadakan bagi sesuatu peringkat bermula dari asas sehinggalah peringkat tamat. โฐ

Siapa ijazah kali ni?
Alhamdulillah kali ni, 8 orang dari team Nilai akan ijazah. 4 lelaki dan 4 perempuan termasuk la kak long dengan kak ngah yang dah selesai peringkat asas dan jatuh. Ijazah kali ni untuk meneruskan ke peringkat potong pula.

Alhamdulillah ada seorang kawan kak long yang paling kanan sekali dalam gambar berminat nak join silat dan hadir untuk ijazah asas sekali. Gambar kat atas tu 3 orang je ijazah, lagi sorang tu kawan yang rajin follow sekali. 

Eh bukan gegurl sahaja, gambar boboi pun ada juga. Dari gambar ni 3 orang akan ijazah. Lagi 2 orang dah tamat. Hehe aktiviti sementara menunggu YM sampai. Memasing ambil feel dulu. 


Tak lama lepas tu YM pun sampai dan disambut barisan tenaga-tenaga pengajar (TP). Biasa TP pakai baju melayu biru.

Macamana ijazah dibuat?
Untuk pelajar lelaki, nama akan dipanggil sorang-sorang bertemu dengan YM ke hadapan. Merasa bertemu guru secara berdepan. Ni bukan akad nikah tau ๐Ÿ˜‚.  Gaya macam ye. 

Bagi pelajar perempuan, nama akan dipanggil secara berkumpulan. Tak ada la debar dan segan sangatkan. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lepas tu apa lagi bergambar dengan YM la

Team Nilai pun bergambar juga. Kami tak ramai tapi handal ๐Ÿ˜‚ 


Oh! Sesi bergambar tidak berhenti di situ. TP jumpa awal-awal sebelum YM sampai pesan kat Shidah suruh tanya status maknya. Ada la benda specific TP suruh tanya. Kita pun tanya sambil tu sempat la bergambar dengan anak-anak sekali. Gambar tu Shidah ke belakang tau. Haha kena khabo kang lain lak ceritanya.


Sempat borak-borak dengan YM. Dulu belajar silat dekat INTEC Seksyen 18. TP dulu Abang Hardi, Abang Cybog, Syamsul, Abang Putra, Kak Aira, Kak KB dan Kak Afni. Huish rindu pula dekat semua Geng pegi silat sama-sama Ijat, Zura, Bai, Qmal, Lily, Wan, Rina, Anita dengan arwah Way.


Ada lagi. Munsif, Joe, Yusri, Yati Yakap, Waheeda, Juhaida (Kju), Tina, Faizal Romano, Ihsan, Kak Sher. Tak ingat yang mana satu sebenarnya TP.  Mula la nak bukak balik album-album silat ni.


Sembang-sembang dengan YM ada kami sembang pasal arwah Wak juga. Al-fatihah untuk Wak yang sentiasa kelakar. YM tanya last jumpa saya bila? Huish lama sampai tak ingat ๐Ÿ˜‚ rasanya diploma 2003 kot. 


YM tanya anak berapa orang? 5 orang. Bagus-bagus ikut rukun islam ada lima. Minta YM doakan anak-anak dapat belajar dan menyambung legasi persilatan dan menjadi insan-insan hebat ๐Ÿ”ฅ. Insyaallah 

Sampai situ aje cerita kita hari ni. Terima kasih sudi baca sampai habis ye. Rajin tinggalkan komen baru kita tau siapa kome. ๐Ÿ˜‚ 
Bagi yang berminat untuk mempelajari silat boleh la contact TP Nilai iaitu Tuan Fadeli.

Yang menulis,
Shidah
Tamat Silat yang tengah refresh

Leave a comment